
whassup earthlings?
Hari ni hari jumaat. yeah, esok cuti! tapi pagi pagi esok lagi dah terlibat dengan aktiviti Taman Herba untuk madam Chan. Budak tahun satu nak cukupkan jam kredit lah katakan. 16 jam kot diperlukan untuk masuk exam. Tapi entah jadi ke tak esok tak tau lah. Kalau tak jadi pon, takpe sebab dah cukup 16 jam dah pon. Boleh bangun lewat sikit kan. Hahak
Ahad nak pergi Angsana. Nak belikan hadiah untuk budak kecik sebelum balik kampung. Duk mintak mainan tak henti henti. Birthday dia pon dalam bulan 3. Kalau bagi awal sikit pon kira cun ah kan. Untunglah kau dik, ade kakak baik macam aku ni. Puahaha!
BUDAK KECIK GILA!
Sebenarnya satu sebab je tak sabar nak balik ni. Nak test kereta baru kat rumah tu. Aih, dah ketar tangan dah ni nak drive. Kalau boleh, sampai pagi Sabtu kat stesen keretapi tu terus nak drive balik rumah! haha! yelah sangat kan!
Takyah nak enjoy sangat la cuti ni kan. 2 minggu lepas cuti ni exam, qis! Dah la bukak cuti tu terus klinikal 2 minggu. Memang tak sempat nak study ah. So cuti ni bawak balik nota sekali ye. Hahah! Saingan dalam kelas tu ramai. Semua bijak bijak. So, tak nak ketinggalan nak masuk dean list jugak! :P
Arghhh! Seminggu lagi! Tak sabaaaaaaaaaaaaaaar!

0 RAWR(s):
Post a Comment